Friday, October 15, 2010

Order Apam Comel - Sharifah

Salam.

Ini adalah order apam comel daripada opismate aku.. Sharifah.. Menurut dia.. department dia ade wat makan2... so dia orderlah..
TQ Sharifah coz sudi order ngan akak.

Siap packing..
Saiz M = 200pcs.

Berselerak apam..
baru pas kukus..
Berminat?
Call or sms me :)

Sunday, October 10, 2010

White Princess

Salam...

Percubaan ku membuat white princess with buttercream... Princess ini telah ku adiahkan kepada member ku Eza... Aku suka tengok design ni.. coz simple je... and cepat siap... hehehe...
Harap2 si penerima kek ini happy....

so selesai sudahlah aktiviti ku semasa cuti berpantang.. kerana esok aku akan mula bertugas seperti biasa... Sedihnya... kena tinggalkan oven wat seketika...huhuhu

Jom kita tengok....puas-puas...




Pandangan hadapan....



Pandangan atas dan belakang....



Ini adalah anak kepada White Princess... hehehe
Ini aku wat untuk Qatrunnada..
nanti dia bising untuk dia x ade...
tapi aku wat kecik je... saiz ssss...
cukup untuk dia sorang je makan.. jangan membazir.......




Apam Comei...-makan-makan

Salam...

semalam memang busy betul aku ngan aktiviti membuat apam bersama Ma...

Mana tak nyer... buat bancuhan pertama.. sepatutnya cukup untuk order yang diterima dan ade lebih lagi... tapi tiba2..kira punya kira x cukup pulak... ngapa le x cukup????????? mmmmm apa lagi.. si Qayyim ngan Qatrun belasah makan kau kau punye... maklumlah.. panas2.. sedap ler makan.. pas tu.. nasi x makan..

So aku pun buat satu bancuhan lagi....

Hampir nak selesai aje bancuhan kedua.. Ma pun bagi cadangan... Boleh tak wat lagi 2 bancuhan? Nak bagi kat makcik Nah... semperna kenduri Kesyukuran sebelum dia ke Makkah... So sambunglah lagi....

Inilah masanya untuk aku try menerai..hehehe nengok ape dh jadi????? ten ten ten... Wat apam abjad.. tapi tulis nama aku je lah..hehehe


Inilah dia.. Sebelum dan selepas di masak....

Close-up.....



Baru naik dari kukusan...



Bungkus sikit untuk membalas belas jiran ku yang memberi pulut kuning......
Tamat sesi apam..



Order Apam Comel

Salam..

Ini adalah apam yang di tempah oleh Mardiana dari Gombak.. katanya untuk Birthday Party..
Aku kenal ngan mardiana melalui FB... Order pun melalui FB gak..hahaha..

Terima kasih Mardiana kerana sudi menempah dengan saya... Harap memuaskan lah ye..


Friday, October 8, 2010

Kek Hantaran Teady Bear

Salam.

Teady Bear Cake... Ramai betul peminatnya... kali ni tempahan ku terima daripada Musfira... kek ni untuk di jadikan hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki... Tema hantaran adalah Hitam dan Putih.... Tema Majlis adalah Merah dan Hitam... jadi aku gabungkan merah + hitam + putih...
Terima kasih fira kerana sudi menempah dengan akak... harap fira suka... and "SELAMAT PENGANTIN BARU" ....

So Cute.....

Bahagia di singgah sana...
Burung merpati menjadi saksi...



Bunga merah sebagai penyeri...




Dari belakang




close up...





So sweet...


Thursday, October 7, 2010

Apam Comel -Qayyim

Salam..
Hari ni aku menyenangkan diri untuk membuat Apam comel... Apam ni untuk Qayyim bawa ke sekolah esok.. nak bagi kengkawan dia.. Esok di sekolah Qayyim ada sambutan Hari Kanak-Kanak

Colorfull...

Oreo Cheese Cake

Salam...

Kali ni, percubaan aku untuk membuat Cheese cake... entah kenapa asyik dok teringin nak makan cheese... akcili aku nak buat brownies cheese.. tapi di sebabkan aku dapat resepi baru dari member seangkatan minat... so aku pun mengetest la.....
Jadi yang untung adalah jiran-jiranku kerana dapat merasa Oreo Cheese Cake aku... huhuhu..
Anyway thank you bangat pada Kak Marlina yang sudi memberi resepi ini pada ku...
Lain kali bagi lagi tau..hehehe

From the top




Close-up
From the side



wah!!! dekat 2kg gak...